Profesor Mengejutkan Pelajar, Pernah Berlakon Lucah

Penuntut di sebuah universiti di Itali terkejut selepas mendapati profesor yang mengajar matematik di situ rupa-rupanya pernah menjadi pelakon filem lucah untuk watak gay.

Menurut portal negara itu, Profesor Ruggero Freddi yang mengajar di La Sapienza University, di Rome sebelum ini dikenali sebagai Carlos Masi dalam filem lucah lakonannya.

Kisah silamnya itu terbongkar selepas pelajar di universiti terbabit melihat gambar lucahnya di dalam Facebook.

Bagaimnapun menurut Freddi, dia tidak berasa sedih walaupun sejarah silamnya itu didedahkan sebaliknya menegakkan hakikat bahawa dia terpaksa bekerja dalam industri tersebut untuk mencari wang.

“Ada pelajar yang memuatnaik semula gambar itu dan dari situ kehidupan silam saya telah terdedah. Sejujurnya ia bukan satu rahsia,” katanya.

Freddi kembali semula ke Itali pada 2013 dan mendapat master dalam bidang matematik iaitu tambahan kepada ijazah dalam bidang kejuruteraan komputer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.