Permohonan BR1M Dilanjut Sehingga 25 Jan

Kuala lumpur – Tempoh permohonan pendaftaran skim bayaran tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 akan dilanjutkan sehingga 25 Januari ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa permohonan boleh dilakukan melalui https://ebr1m.hasil.gov.my.

Memetik BNBBC, pemohon yang memenuhi syarat ditetapkan boleh membuat permohonan di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara percuma.

BR1M diperkenalkan pada tahun 2012 lalu dan sehingga kini ia memanfaatkan 4.7 juta isi rumah selain 2.7 juta individu bujang dari seluruh Malaysia.

Skim ini menumpukan isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah atau individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.

Peserta yang mendaftar di bawah program eKasih dengan pendapatan RM1,500 dan ke bawah turut layak menerimanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.