Penganalisis Kaji Penghuni Awal Amerika Berasal Dari Asia

Saintis dari Cambridge University telah menemui fosil yang menakjubkan di Alaska.

Mereka mendapati dua fosil bayi yang merupakan bukti kukuh penghijrahan pertama orang Asia Timur ke Amerika Utara.

Sebagai tambahan kepada penghijrahan pertama, saintis juga mendakwa penemuannya adalah orang tertua di Amerika.

“Ini mewakili keturunan tertua penduduk asli Amerika yang setakat ini ditemui. Ini adalah fakta bahawa kumpulan dari fosil ini lebih tua dari semua penduduk asli Amerika yang lain dan yang menduduki Amerika yang paling awal ,” kata salah satu penyelidik, Profesor Eske Willerslev, ahli genetik evolusi dari Cambridge University, dipetik oleh The Independent.

Ini dikuatkan lagi dengan kajian para saintis selepas mereka melakukan ujian DNA untuk menyiasat genetik tersebut.

Penemuan itu sudah diterbitkan dalam jurnal pada Rabu (3/1/2018) yang menunjukkan bahawa kemungkinan Alaska sudah mempunyai penduduk sejak 25,000 tahun lalu.

Ini bermakna 10,000 tahun lebih awal daripada kebanyakan dijangkakan ahli arkeologi.

Para saintis mengatakan penemuan baru itu berasal dari penduduk purba.

Kedua-dua penemuan bayi itu dijangka hidup 11,500 tahun lalu di Alaska.

“Maklumat baru ini akan membantu kita memaparkan gambaran prasejarah asal orang Amerika yang lebih tepat. Ini lebih kompleks daripada yang kita duga.” kata Dr Ben Potter, seorang ahli antropologi dari University of Alaska Fairbanks yang terlibat dalam kajian itu.

Perbandingan jumlah persamaan dan perbezaan genetik pada manusia kuno dan kontemporari ini membawa para saintis untuk melihat pergerakan orang-orang kuno Asia ke Amerika Utara yang jauh lebih awal.

Analisis mereka menunjukkan masyarakat kuno dan nenek moyang penduduk asli Amerika lain berasal dari satu populasi yang berpisah dari orang Asia Timut kira-kira 25,000 tahun lalu.

Ujian DNA menunjukkan bahawa fosil bayi perempuan itu tidak sepadan dengan profil genetik orang Amerika Utara kuno.

Ini menunjukkan penduduk purba berpecah dari penduduk asli Amerika kira-kira 20,000 tahun yang lalu.

Ada yang bergerak ke selatan di sepanjang pantai Pasifik.

Apabila dipisahkan, penduduk asli Amerika dibahagikan kepada dua kumpulan genetik yang berbeza. Satu di utara, dan yang lain di selatan.

“Penemuan ini mencipta peluang bagi penduduk asli Alaska untuk mendapatkan pengetahuan baru tentang hubungan mereka dengan penduduk asli Amerika Utara dan orang Beringian kuno,” ujar Dr Potter.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.