Lagu TunTakTahu Versi TakTunTuang Viral Di Media Sosial

KUALA LUMPUR – Tidak sampai empat jam dimuat naik di laman Facebook, satu klip video lagu yang meniru versi asal lagu popular TakTunTuang telah viral di media sosial.

Lagu dengan tajuk TunTakTahu itu berjaya mencuri perhatian netizen dengan lirik sinis mencuit Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan isu politik semasa.

Pendirian u-turn yang sering dikaitkan dengan bekas perdana menteri 22 tahun itu turut diceritakan dalam lirik lagu TunTakTahu.

Paling menarik di akhir klip video, dipaparkan aksi Dr Mahathir seakan-akan sedang menari mengikut rentak lagu.

Tinjauan SuaraTV di ruangan komen laman Facebook Semutogel menyaksikan netizen meninggalkan ratusan komen bercampur baur antara terhibur, sinis dan segelintirnya marah.

“Adoii tak boleh blah tengok video ni. Jilake sungguh,” kata Zarul Al Bakri sambil meninggalkan emoticon gelak ketawa.

“Aduhai semua Tun tak tau,” komen Fendi Pen.

“Kalau jadi PM 22 tahun semua tak tau, tak tau habislahhhh,” kata Pejuang Tanah Melayu.

“haha. Jaga-jaga nanti atok jadi PM semula, diharamkan FB di Malaysia. Intenet pun di sekat macam di Korea Utara,” ujar Mohd Fizi secara sinis.

Sehingga berita ini ditulis, klip video lagu TunTakTahu itu merekodkan lebih 50,000 tontonan dan mendapat tanda lebih 900 ‘Like’ dalam tempoh kurang empat jam selain dikongsi 972 kali oleh netizen. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.