Kelar Leher Kawan Baik Hingga Putus Gara-Gara Bedak

AKIBAT mengadu barang yang diterima itu tidak memuaskan, seorang gadis berusia 18 tahun telah tergamak membunuh dengan mengelar leher rakan baiknya sendiri!

Suspek dikenali sebagai Nadia Fegi Madona didapati mengelar leher rakannya, Fena Selinda Rismawati, 16, di Malang, Indonesia.

Mereka dikatakan telah bertengkar kerana Fena telah mengadu bahawa dia tidak berpuas hati dengan bedak yang ditempah olehnya daripada Nadia.

 

 

Fena berasal daripada sebuah perkampungan di Jawa Timur telah ditemui oleh penduduk kampung sendiri ketika mereka mendapati mangsa mempunyai beberapa kesan kelar di leher dan badannya.

Menurut saksi, sebelum dikejarkan ke hospital, Fena memberitahu bahawa dia telah diserang oleh rakan baiknya sendiri namun mangsa tidak dapat diselamatkan serta telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Mereka berdua merupakan rakan baik sejak kecil dan ramai tidak menyangka hanya kerana pertelingkahan yang terjadi pada Khamis lalu telah mengakibatkan salah seorangg daripada mereka mati.

Dipetik daripada portal Viralicous, difahamkan sebelum kejadian, Fena telah berjumpa dengan Nadia bagi mendapatkan penjelasan daripadanya mengenai kualiti bedak yang dijualnya itu.

 

 

Bagaimanapun, keesokan harinya, Nadia berpura-pura mengajak Fena keluar walhal sebenarnya mereka berdua telah menju ke sebuah kawasan hutan berdekatan tempat tinggal masing-masing.

Kerana pertelingkahan itu, suspek telah bertindak melulu dengan mengelar leher rakan baiknya itu sehingga putus!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.