Jururawat Dikecam Persenda Pesakit Tenat

Seorang jururawat kini disiasat oleh pihak berkuasa Rusia selepas memuat naik gambar di media sosial dengan kapsyen mempersendakan pesakit yang sedang tenat.

Ramai yang mengecam tindakannya yang menyalahguna media sosial bagi tujuan yang tidak wajar, sekali gus memalukan nama baik kakitangan perubatan.

Jururawat yang dikenali sebagai Anna Kim itu menggunakan cara kejam bagi memaparkan pesakit tersebut yang telah tua dan memerlukan pemakaian lampin.

Anna turut menuduh doktor-doktor di hospital itu hanya menolong pesakit yang mahu mereka bantu sahaja.

“Jika mereka tidak mahu membantu, habislah anda. Mereka tidak peduli sama ada pesakit itu mengalami tekanan darah rendah yang melampau,” demikian tulis Anna.

Walaupun Anna memuat naik gambar itu dengan pesakit yang sedang tenat, namun dia tidak dipecat.

Ini bukan kes yang pertama di Rusia sebaliknya sebelum ini beberapa kes yang sama telah berlaku melibatkan kakitangan perubatan di negara itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.