Johor Tak Gadai Tanah – Khaled

Kerajaan BN Johor tidak pernah menggadaikan tanah kepada warga asing, sebaliknya projek hartanah di Forest City bertujuan pelaburan.

Menteri Besar, Datuk Seri Khaled Nordin berkata kritikan pihak pembangkang terutama Naib Presiden Pakatan Harapan, Salahuddin Ayub menunjukkan mereka tidak memahami asas projek berkenaan.

“Salahudin tak faham ke apa yang saya maklumkan sebab saya beritahu mengapa fokus kepada benda 0.01 peratus dari keseluruhan tanah di Johor sahaja, dan soal saya, kenapa fokus projek itu sahaja.

“Ada banyak benda yang kita boleh beri tumpuan dan seperti yang saya katakan ialah betapa pentingnya untuk bangunkan dan majukan negeri Johor.

“Macam Khazanah Nasional Berhad di Singapura. Tak ada pula warga Singapura kata kerajaan Singapura menggadaikan tanah dan sebagainya. Itu sahaja,” katanya selepas menghadiri Majlis Pecah Tanah Projek Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) Fasa 5 Parit Jamil dan Parit Keroma Darat di Muar hari ini, lapor BNBBC

Semalam, Salahuddin dalam kenyataannya mendakwa hujah Menteri Besar Johor yang mengatakan bukan masalah besar tanah Johor digadaikan kepada orang luar atas alasan kerana ia hanya membabitkan 0.01 peratus sahaja daripada keluasan tanah di Johor dianggap tidak patriotik.

Tambah Khaled yang juga ADUN Permas, Timbalan Presiden PAN itu sepatutnya memberitahu apa bentuk pembangunan yang mereka akan lakukan sekiranya berjaya menerajui kerajaan.

“Saya tak berhasrat nak berterusan jawab dengan dia kerana saya banyak lagi agenda membangunkan dan memajukan Johor yang saya hendak buat” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.