‘Ingat Ada Jin, Rupa-Rupanya…’

Baru-baru ini, terdapat sekeping gambar ‘seram’ yang tular ketika pihak polis sedang menjalankan serbuah terhadap sebuah pusat karaoke di Probolinggo, Jawa Timur, Indonesia.

Penduduk di republik itu telah menyifatkan bahawa terdapat entiti pelik secara tidak sengaja telah ‘menumpang’ ke dalam gambar tersebut bagi memaklumkan tentang kehadirannya di pusat hiburan berkenaan.

Portal Coconuts turut melaporkan bahawa gambar tersebut kini sudah menjadi liputan pihak media yang masih tertanya-tanya tentang kehadiran ‘makhluk’ berkenaan di sebalik susuk tubuh seorang gadis yang berbaju merah.

Dalam masa sama, pihak Detik News secara tidak langsung telah memohon bantuan daripada salah seorang pakar paranormal, Ahmad Hasyim bagi mendapatkan pandangan peribadinya sendiri berkenaan hal yang terjadi itu.

Apa yang mengejutkan ialah apabila Hasyim memaklumkan bahawa entiti tersebut merupakan satu makhluk ghaib yang secara sengaja telah ‘menggunakan’ wajah wanita tersebut bagi memberitahu tentang kehadirannya di sana.

Tambahnya lagi, makhluk ghaib itu mungkin ‘seekor jin’ Islam yang konon telah berjaya menjelmakan dirinya dalam bentuk hantu pontianak!

Disebabkan kenyatannya itu, ramai orang telah mempercayainya sehingga memaksa pihak polis yang turut menyertai serbuan membuat siasatan lanjut berkenaan hal tersebut.

Namun pihak polis kemudian mengesahkan bahawa ‘wajah hantu’ yang kelihatan itu bukanlah makhluk ghaib seperti dimaksudkan sebaliknya, ianya merupakan salah seorang pembantu di karaoke tersebut!

Menurut ketua polis Probolingi, Alfian Nurrizal, dia telah memaklumkan menerusi laman web rasmi mereka bahawa wanita tersebut telah menutup mukanya dengan menggunakan veil berwarna hitam dengan corak bunga.

Ini mungkin bagi mengelakkan daripada aib apabila wajahnya itu berjaya dirakamkan oleh kamera ketika serbuan pihak polis.

“Ketika gambar diambil, veil yang dipakai telah digunakan untuk menutup muka pekerja itu. Matanya yang bercahaya pula adalah disebabkan oleh flash daripada telefon bimbit,” jelasnya.

Pihak polis turut berharap agar orang awam tidak lagi menyebarkan berita palsu mengenai gambar tersebut kerana ianya akan mengganggu ketenteraman orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.