‘Burung Gergasi’ Di Langit

COSTA BRAVA, Sepanyol – Penghijrahan burung perling membentuk formasi seekor burung gergasi jadi perhatian ramai.

Menurut Agensi, Jurugambar separa profesional, Daniel Biber, 53, yang berasal dari Hilzingen, Jerman berkata, sempat merakam kejadian berkenaan di Sepanyol selepas melihat beribu-ribu burung dan kegiatan pengakap sepanjang tempoh empat hari berada di negara itu.

Dia berjaya merakam beberapa keping gambar menunjukkan burung-burung berkenaan membentuk seekor burung gergasi ketika menjadi sasaran haiwan pemangsa.

Gambar unik itu melayakkan dia memenangi pertandingan fotografi antarabangsa yang dianjurkan oleh badan pemerhati burung, Vogelwarte Sempbach di Switzerland.

Biber bagaimanapun berkata, dia hanya menyedari gambar unik dan berkualiti tinggi itu ketika melihat semula gambar-gambar di komputer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.