Brad Pitt Mengurat Gadis Di Kedai Kopi Guna Nama Sebenar

Aktor kacak Brad Pitt kini seperti memberi bayangan dia sudah betul-betul bersedia untuk mencari teman hidup yang baru, seleas setahun perpisahannya dengan aktres jelita, Angelina Jolie.

Bapa enam anak ini dikatakan sudah mula berani mengorat wanita dengan cara memperkenalkan diri dengan nama sebenarnya ketika singgah di sebuah kafe Coffee Commissary di Los Angeles, pada 2 Januari lalu.

“Dia tiba dengan motosikal, memakai cermin mata hitam, berseluar jeans dan jaket kulit,”

“Kemudian Brad menyapa dan memulakan perbualan dengan seorang gadis berambut perang. Gadis itu mirip Kate Bosworth, tetapi bukan dia,” kata satu sumber seperti yang dilaporkan Hollywoodlife.

Tambah sumber tersebut, wanita itu berkata, “Saya Lydia,” lalu Brad menghulurkan tangan dan berkata, ‘Hai, saya William.’

‘Oh, awak kelihatan seperti Bradley,” balas Lydia.

Dan Brad menjawab, “itu nama tengah saya”, katanya sambil tersenyum dan mengenyit mata, petik MD

“Senang bertemu dengan awak Bradley…. Maksud saya William”, kata Lydia dan Brad hanya tertawa.

Mereka berbual seketika sebelum bintang filem World War Z itu beredar meninggalkan kafe tersebut.

Walaupun ketika ini Brad dan Angelina masih berdepan kes penjagaan anak-anak mereka, namun nampaknya pemilik nama sebenar William Bradley Pitt ini sudah ‘move on’ dan terbuka hati untuk membina hidup baru dengan wanita lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.