Berkenalan Di Facebook, Ibu 9 Anak Ini Jatuh Cinta Dengan Lelaki Afrika, Nekad Tinggalkan Suaminya

Seorang wanita berusia 44 tahun sanggup meninggalkan suami dan anak-anaknya hanya untuk bersama kekasih gelapnya.

Wanita bernama Heidi Hepworth ini memilih pergi ke Gambia, Afrika, untuk bertemu dengan kekasihnya, Salieu Jallow (32).

Heidi mengenal Jallow melalui media sosial Facebook.

Keduanya saling berkomunikasi secara dalam talian.

Suami Heidi, Andy, memberitahu, Isterinya sudah lama merasa tidak bahagia bersama dengannya dan kini wanita itu kini memilih untuk meninggalkannya demi lelaki lain

Mirror.co.uk

Heidi meninggalkan Andy bersama sembilan anaknya hanya untuk lelaki yang lebih muda darinya.

Wanita itu juga bercadang untuk berkahwin dengan Jallow setelah menyelesaikan perceraiannya.

Dalam pada itu, Heidi berkata dia  tidak ada pilihan lain selain pergi meninggalkan suami dan anak-anaknya untuk sementara waktu.

Walaupun berat, tetapi dia tidak mempunyai pilihan lain.

“Meninggalkan anak-anak saya adalah perkara yang sukar, tetapi mereka tidak boleh ikut saya, jadi tidak ada pilihan lagi,” katanya seperti yang dipetik dari Mirror.

Mirror.co.uk

Dia mengaku merasa tidak bahagia dalam perkahwinannya selama ini.

“Saya telah menemui seseorang untuk menghabiskan sisa hidup saya dengannya,” katanya.

Selama sebulan di Gambia, Heidi sesekali menghubungi anaknya setiap malam.

Heidi tampak begitu menikmati kebahagiaannya bersama suami barunya.

Dia juga merancang  akan  kembali ke Gambia tahun depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.