Abang Ajar 2 Adik Perempuan Menagih

ALOR SETAR – Seorang abang tergamak mempengaruhi dua adik perempuannya yang berusia belasan tahun untuk turut sama menagih dadah jenis syabu di rumah mereka di Kampung Rambutan dalam daerah Padang Terap dekat sini sejak tiga tahun lalu.

Lelaki berusia 23 tahun dan dua adik perempuan berusia 15 dan 19 tahun itu ditahan dalam operasi yang dilakukan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di kampung tersebut kira-kira pukul 4 pagi ini.

Memetik Kosmo, Operasi yang bermula pukul 11 pagi semalam itu turut melibatkan operasi di Kampung Barokhas, Kampung Tualak dan Bukit Indin membabitkan tangkapan seramai 10 individu yang disyaki penagih dadah.

Ketua Pegawai AADK Padang Terap, Zainal Abidin Ismail memberitahu, operasi yang dilakukan di sebuah rumah di Kampung Rambutan berjaya menahan tiga beradik yang disyaki penagih dadah.

“Turut ditahan di rumah tersebut ialah dua lagi lelaki iaitu rakan kepada tiga beradik itu dan seorang lagi kekasih kepada salah seorang remaja perempuan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.