Radin Terasa Popular Sejak Rapat Dengan Ayda

Penyampai radio Era.fm, Radin tidak menafikan popularitinya semakin meningkat sejak berkawan rapat dengan Ayda Jebat.

 

Memetik laporan Utusan online, Radin berkata kisah hubungan intimnya dengan pelakon popular itu sedikit sebanyak membantu dirinya dikenali ramai.

 

Namun kata Radin nama dan kerjayanya berkembang baik kerana berpeluang berkerja di sebuah stesen radio terbaik tempatan yang mempunyai jutaan pendengar. Tidak hanya di konti, dia juga mengendalikan program TV.

 

“Persepsi orang saya tak boleh nak berbuat apa-apa. Allhamdulillah saya bekerja di stesen nombor satu di Malaysia dan pendengar-pendengar saya ramai di kalangan pelajar-pelar. Selain itu saya juga mengendalikan program TV, jadi secara tidak langsung penampilan saya di televisyen membuatkan orang lebih mengenali saya.

 

“Dam saya pun tidak nafikan cerita saya dengan Ayda malah hastag dan gambar-gambar kami berdua di Instagram, memang membantu untuk khalayak kenal saya,” katanya.

 

Sementara itu meskipun sehingga kini masih belum mengiyakan sejauh mana kebenaran dia dan Ayda menjalin hubungan cinta, tegas Radin, dia dan wanita itu kini masih lagi dalam fasa berkawan rapat.

 

“Saya berkawan rapat dengan dia, saya selesa dengan dia. Untuk pergi lebih jauh, saya rasa buat masa ini belum lagi,” tuturnya

 

Radin juga mengakui sudah pernah bertemu dengan ibu bapa Ayda namun pertembuan itu secara kebetulan ketika dia mengacarakan program yang melibatkan Ayda.-MD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.