Tak Tahan Dengan Fitnah, Zarina Zainuddin Dedah Identiti Suami Selepas Nikah Selama 21 Tahun

Kuala Lumpur – Dramatis Zarina Zainuddin akhirnya mendedahkan identiti suami yang dikahwininya 21 tahun lalu, sekaligus menamatkan tanda tanya yang berlegar di minda peminat dunia seni selama ini.

Pendedahan yang dilakukan dalam satu majlis kenduri doa selamat di kediamannya di Subang Jaya, 1 Januari lalu itu adalah kerana pelakon berkenaan tidak sanggup lagi menyembunyikan gerangan suaminya, apatah lagi pernah bertebaran cerita kurang enak sebelum ini.

Dalam majlis tersebut, Zarina, 44, turut memperkenalkan madunya, iaitu Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor.

“Saya tidak mencari publisiti murah dengan mendedahkan identiti mereka berdua di media massa. Niat saya untuk mengelakkan fitnah dan cerita kurang elok tentang status saya selepas ini.

“Sebenarnya saya hanya berkahwin dengan seorang lelaki saja dalam hidup iaitu Datuk Seri Dr Abdul Raihan Wan Jaafar ketika berusia 22 tahun. Hanya dia suami saya dunia akhirat,” katanya yang dipetik sisipan Pancaindera hari ini.

Zarina berkata, pada permulaan madunya agak kurang bersetuju apabila dirinya menyuarakan hasrat untuk ‘memperkenalkan’ suami dan keluarga besar mereka, namun wanita itu akhirnya memberi kebenaran selepas beberapa kali berbincang.

Perkahwinan Zarina dengan ahli perniagaan berkenaan dikurniakan empat cahaya mata iaitu kembar Muhmmad Razil Azrai, Muhammad Raizal Azrai, Muhammad Naim Azrai dan Muhammad Adam Azrai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.