Warga Singapura Selesaikan RM2.4 Juta Saman Tertunggak

Johor Bharu – Polis Johor mengutip kira-kira RM2.4 juta dalam dalam tempoh enam hari, sejak 27 Disember lalu, hasil Ops Saman Warga Asing.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, jumlah itu dikutip hasil daripada 15,470 saman warga Singapura yang tertunggak.

Menurutnya, pihaknya menjalankan operasi khas itu bersama Cawangan Trafik Bukit Aman yang berakhir 1 Januari lalu.

Katanya, operasi berkenaan dijalankan untuk mengesan pesalah lalu lintas, terutamanya kenderaan dari Singapura yang tidak menjelaskan saman mereka.

“Sejumlah RM1.3 juta dikutip menerusi bayaran tunai, manakala RM1.1 juta lagi dibayar pesalah menerusi kad kredit,” katanya pada sidang media, hari ini.

Sementara itu, sejumlah 13,529 kenderaan warga asing diperiksa, dengan 15,470 saman diselesaikan dalam sekatan jalan raya yang diadakan di R&R Pandan- Lebuhraya EDL, KM 2 Jalan Tebrau – Kota Tinggi dan R&R Gelang Patah.

Operasi serentak itu dijalankan 24 jam dengan kekuatan 219 pegawai dan anggota Cawangan Trafik Bukit Aman, Cawangan Trafik Kontinjen Johor, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan.

Objektif utama operasi ini adalah untuk menyelesaikan tunggakan saman kenderaan warga asing di Johor.

Lebih 300,000 saman dikeluarkan di Johor sejak 2000 sehingga 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.