Warga emas rentung dalam kebakaran di Kunak

TAWAU: Seorang wanita warga emas rentung selepas rumah yang didiaminya di perkampungan atas air di Pangi Hujung, Kunak, dekat sini, musnah dalam kebakaran awal hari ini.

Mayat mangsa, Napsah Araki, 65, ditemui berhampiran pintu keluar rumah berkenaan dalam kejadian kebakaran kira-kira 2.20 pagi.

Mayatnya dihantar ke hospital Kunak untuk bedah siasat.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K Ramin, berkata Balai Bomba dan Penyelamat Kunak menerima panggilan kecemasan pada 2.24 pagi dan sepasukan 10 anggota tiba di tempat kejadian kira-kira 11 minit kemudian.

“Kebakaran dapat dikawal pada 2.54 pagi dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih disiasat,” katanya dalam kenyataan di sini. – BERNAMA

-BHonline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.