Presiden MIC Mahu Buka Parti Baru

Kuala Lumpur – Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel berhasrat mahu membatalkan pendaftaran parti berkenaan.

Perkara ini didedahkan oleh ahli jawatankuasa kerja pusat (CWC), Datuk R Ramanan.

Dakwanya, alasannya, tiada langkah diambil untuk membuat pemilihan semula seperti yang diminta oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS), dan bermula esok, parti itu akan berdepan dengan pembatalan pendaftaran.

Tambahnya, Palanivel berbuat demikian kerana mahukan parti itu dibubarkan supaya beliau dapat menubuhkan satu parti baharu yang terdiri daripada penyokongnya.

“Sekiranya anda perhatikan, presiden parti itu kelihatan tenang sahaja walaupun dia tahu parti itu yang sudah berusia 68 tahun ini dalam keadaan terancam.

“Ini adalah cara beliau menghapuskan semua musuhnya tetapi dengan cara pengecut,” kata Ramanan.

Ramanan merayu kepada RoS supaya “tidak terpedaya dengan permainan Palanivel” dan sebaliknya memberi peluang kepada parti untuk melakukan ‘pembersihan’ dan menyelesaikan masalah dalaman parti itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.