Piala FA Sangat Penting Bagi ManCity

London – Dalam pusingan ketiga saingan Piala FA malam ini, penyandang juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City akan bertemu Sheff Wed di tempat sendiri.

“Bagi pasukan kami ia adalah piala yang sangat penting,” kata Pellegrini.

“Tahun ini kami tidak bermain dalam aksi Capital One Cup jadi kami akan cuba untuk terus kekal dalam saingan Piala FA sejauh yang boleh.”

Pada masa yang sama, Pellegrini menyatakan penjaga gol kedua Willy Caballero berkemungkinan kekal dalam bahagian utama selepas penjaga gol nombor satu England Joe Hart direhatkan ketika dalam perlawanan menentang Sunderland pada 1 Januari.

“Ia adalah penting apabila anda bermain banyak perlawanan, bukan sahaja untuk Joe tetapi bagi pemain-pemaian lain untuk mempunyai giliran penting,” kata Pellegrini.

“Saya melakukan perkara yang sama semasa aksi Capital One Cup terhadap Willy Caballero.

Saya fikir ia adalah baik untuk Willy, baik untuk Joe dan baik untuk pasukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.