Pesawat Terhempas Dua Terbunuh, Seorang Cedera Parah

Hampshire – Dua orang terbunuh dan seorang lagi cedera parah selepas sebuah pesawat ringan terhempas berhampiran sebuah lapangan terbang di United Kingdom.

Polis berkata pesawat ringan tersebut terbalik di kawasan hutan setengah batu selatan A303 (jalan).

Polis, ambulans dan paramedik kini di tempat kejadian, lapangan terbang Popham di Hampshire.

Jurucakap bagi Perkhidmatan Ambulans berkata dua orang telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi telah dikejarkan ke hospital.

“Krew kami memeriksa tiga pesakit, sedih dua telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Seorang pesakit dikatakan kritikal dibawa ambulans ke Hospital Besar Southampton,” katanya.

Jurucakap Jabatan Bomba Hampshire berkata 25 anggota bomba berada di tempat kejadian itu.

Tempat kejadian adalah berhampiran dengan sebuah taman percutian tetapi penghuni pesawat tidak dipercayai berkaitan dengan tempat tersebut, kata seorang jurucakap polis.

Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan untuk mengesan saudara mangsa terlibat.

Ia tidak diketahui apa yang menyebabkan kemalangan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.