Pelancong Jepun Dirogol

Patna (India) – Seorang pelancong Jepun dijadikan tebusan selama hampir tiga minggu dan dirogol oleh penculiknya di Bodha Gaya, India, menurut pegawai semalam.

Mangsa berusia 22 tahun berjaya melarikan diri selepas penculik terbabit membawanya ke sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan.

Susulan itu, polis menahan dua suspek iaitu Sajid Khan, 32 dan adik lelakinya, Jawed Khan, 25.

Kedua-duanya merupakan pemandu pelancong di kawasan tersebut.

“Mangsa berjaya melarikan diri sebelum bertembung dengan pelancong lain dari Jepun. Mereka membawa mangsa membuat aduan di kedutaan Jepun di Kolkata.

“Selepas menerima laporan, kami menahan dua pemandu pelancong yang juga pasangan adik beradik di Gaya,” kata Alok Kumar Singh, semalam.

Difahamkan, mangsa seorang pelajar universiti dan mendaftar masuk di sebuah hotel di Gaya, November lalu – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!