Pasca Banjir: Penduduk Perlukan Khemah Sementara

Kuala Krai – Selepas banjir surut, antara keutamaan mangsa adalah mendapatkan khemah sementara dengan segera, untuk dijadikan tempat berteduh, terutama bagi mangsa yang rumahnya rosak teruk atau hilang dihanyutkan air.

Walaupun kerajaan telah menyediakan pusat pemindahan banjir, namun selepas bencana itu reda sejak beberapa hari ini, mangsa mula pulang ke rumah masing-masing.

Tinjauan Jabatan Bomba dan Penyelamat di sekitar Kampung Manek Urai Lama dan Kampung Manek Urai Baru mendapati, banyak keluarga terpaksa memasang payung, kain kanvas dan papan di tepi jalan, sebagai tempat berteduh sementara.

Selain itu, ada juga yang memasang zink untuk dijadikan bumbung daripada sebahagian rumah mereka yang rosak.

 

 

Pasca Banjir

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Ibu kepada tiga anak, Rohaiza Abdul Rahim, 45, yang ditemui Bernama berkata, hampir semua rumah di kawasan itu ditenggelami air hingga mengakibatkan kerosakan teruk.

Rohaiza berkata, dia dan suaminya terpaksa membina sendiri tempat berteduh sementara, menggunakan kain kanvas dan beralaskan tikar mengkuang di tapak rumah mereka yang rosak.

“Kami terpaksa berbuat demikian, kerana hendak mencari harta benda yang masih boleh diselamatkan dan diguna pakai.

“Saya mohon kerajaan menyegerakan bantuan khemah sementara untuk dijadikan tempat berteduh, kerana pada waktu malam, cuaca di sini amat sejuk,” katanya.

Keadaan di sekitar Manek Urai Lama juga amat menyedihkan, kerana banyak jalan yang rosak serta berdebu, selain banyak rumah musnah dan kedai rosak akibat banjir.

Jusoh Yahya, 56, berkata dia terpaksa mendirikan sebuah pondok, apabila rumah peninggalan arwah ibu bapanya rosak teruk.

“Saya hampir pitam, apabila melihat rumah peninggalan arwah musnah sekelip mata, bagaimanapun saya terpaksa menetap di sini untuk mengemas dan membersihkan rumah itu.

“Untuk membersihkan rumah itu mengambil masa dan saya terpaksa membina sebuah pondok khas sebagai tempat saya tidur, sementara menunggu bantuan khemah tiba,” katanya.

One thought on “Pasca Banjir: Penduduk Perlukan Khemah Sementara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.