Mayat Lelaki Hilang Ditemui

Ipoh – Seorang lelaki berusia 20 tahun yang dilaporkan hilang, Rabu lalu, ketika menjala ikan di ladang kelapa sawit Felcra Toh Paduka Raja, dekat Kampung Gajah, ditemui hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba Penyelamat Seri Iskandar, Zaiful Affendi Ahmad berkata, mayat Mohamad Haris Mohamad Johari, dari Kampung Padang Gertak, Pulau Tiga ditemui anggota bomba kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian, pada jam 11.15 pagi tadi.

“Pasukan bomba menggunakan teknik ‘surface searching’ ketika mencari mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Rabu lalu, Mohamad Haris dilaporkan hilang ketika menjala ikan di ladang kelapa sawit itu, pada jam 10.30 pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.