Mayat Kru Pesawat Antara Jenazah Yang Dikenal Pasti

Empat lagi mayat yang dipercayai terlibat dalam insiden pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 berjaya dikeluarkan petang ini.

Ia menjadikan keseluruhan 34 orang berjaya dikeluarkan, lapor Channel News Asia.

Mayat-mayat itu berjaya dikeluarkan oleh kapal Amerika Syarikat USS Sampson dan kapal Singapura RSS Persistence dan dibawa ke Pengkalan Bun.

Pihak berkuasa Indonesia dalam perkembangan berasingan memberitahu sidang media di Surabaya bahawa tiga lagi mayat sudah dikenal pasti, seperti berikut:

Juanita Limatara, 30;

Jie Stevie Gunawan, 10;

Kru penerbangan Wismoyo Ari Pramudi, 24.

Proses pencarian pesawat AirAsia itu masuk hari kelapan hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.