Jenazah pelajar Malaysia akan dibawa pulang esok

KUALA LUMPUR : Jenazah mendiang Tan Wei, 20, pelajar Malaysia yang terbunuh dalam insiden rempuhan acara ambang Tahun Baharu di Chen Yi Square, Shanghai, China akan dibawa pulang ke Malaysia, esok.

Wisma Putra dalam satu kenyataan petang ini memaklumkan satu upacara sembahyang dan penghormatan terakhir sudah diadakan di Krematorium Shanghai, hari ini.

“Ibu bapa mendiang akan mengiringi jenazah pulang ke Malaysia pada esok dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada sebelah petang,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelajar, Cik Ooi Hooi Yi yang turut terbabit dalam insiden itu masih dirawat di Hospital Changzheng dan dilaporkan bertambah pulih.

“Keadaan beliau semakin baik dan tiada sebarang pendarahan dalaman dilaporkan,” katanya. -BHonline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.