Hanez Akhirnya Bertunang Dengan Romie

Kuala Lumpur – Pelakon jelita, Hanez Suraya Abdul Aziz yang pernah mencetuskan kontroversi kerana menjalin hubungan dengan suami orang, akhirnya telah selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka yang dikaitkan dengannya, Romie Razin Aidilha, malam tadi.

Majlis pertunangan tersebut dilangsungkan secara tertutup di kediaman keluarga Hanez, di Seremban, selepas Isyak, dengan dihadiri keluarga terdekat masing-masing.

“Ya… kami baru saja bertunang tadi (malam Sabtu),” katanya yang cantik dengan solekan Chomel dan busana putih rekaan Fizi Woo.

Pertunangan itu sekaligus menamatkan spekulasi berhubung hubungan pasangan berkenaan, yang sebelum ini dikatakan putus di tengah jalan.

Hanez yang popular dengan watak antagonis ‘Sherry’ dalam drama Love You Mr Arrogant, sebelum ini dikecam masyarakat kerana didakwa menjadi ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga Romie bersama bekas isteri, Liyana Manan.

Romie dan Liyana bercerai pada 9 Disember lepas, di Mahkamah Syariah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.