Datuk Bandar Enggan Benar Pengebumian Bayi Roma

Champlan – Pegawai Perancis terkejut dan berasa jijik atas tindakan Datuk Bandar pinggir bandar Paris yang enggan membenarkan bayi berusia dua dan setengah bulan daripada keturunan keluarga Roma dikebumikan di tanah perkuburan perbandaran, lapor AFP.

Kristian Leclerc, Datuk Bandar konservatif Champlan, yang terletak kira-kira 23 kilometer di selatan Paris, dilaporkan menjelaskan keengganannya itu atas alasan bahawa tanah perkuburan hanya mempunyai “sedikit ruang sahaja”.

“Keutamaan diberi kepada mereka yang membayar cukai tempatan mereka,” Leclerc dipetik oleh akhbar harian Le Parisien.

Beliau tidak dapat ditemui untuk memberikan komen.

Laurence Rossignol, seorang menteri junior kerajaan, berkata di Twitter penolakan itu adalah “satu penghinaan tidak berperikemanusiaan” untuk keluarga, menambah #honte hashtag atau “malu”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.