Arsenal Tingkat Usaha Dapatkan Petr Cech

PENGENDALI Arsenal, Arsene Wenger dilapor akan meningkatkan usaha bagi mendapatkan penjaga gol Chelsea, Petr Cech selepas mengalami detik mengecewakan dalam perlawanan menentang Southmapton, Khamis lalu.

Dalam perlawanan itu, Wenger dikatakan hilang sabar terhadap tindakan penjaga gol Wojciech Szczesny melepaskan dua gol mudah untuk memberi kemenangan 2-0 kepada Southampton.

Sehubungan itu, Arsenal kini akan mendapatkan Cech bagi digantikan dengan Szczesny yang merupakan penjaga gol skuad kebangsaan Poland.

Bagaimanapun Chelsea dilapor masih memerlukan khidmat Cech sehingga akhir musim ini dalam usaha mengejar kejuaraan liga.

Ejen Cech, Viktor Kolar berkata,” saya rasa Arsenal perlu memberi sebarang tawaran kepadanya (Cech).

“Jika berlaku, Cech akan mempertimbang tawaran itu sebaiknya.” -mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.