Anggota Polis Ditemui Mati Ditembak

ALOR SETAR: Seorang anggota polis berpangkat koperal ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling pada pukul 10 malam Sabtu.

Mayat Koperal Abu Bakar Mohd Nor, 47, ditemui di dalam tandas kuaters di IPD tersebut selepas anggota lain terdengar bunyi tembakan.

Bersama mayat mangsa turut ditemui sepucuk pistol semi-automatik yang dipercayai telah digunakan.

Difahamkan, Abu Bakar bertugas di unit kereta peronda IPD terbabit. -mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.