9 Mati Tercekik Kek Pulut Jepun

Tokyo – Sembilan orang di Jepun mati tercekik selepas memakan “mochi”, sejenis kek pulut tradisional sempena meraikan Tahun Baru.

Di Tokyo sahaja, 18 orang telah dihantar ke hospital akibat sesak nafas selepas menikmati sajian istimewa Tahun Baru ini, di mana tiga daripada mereka meninggal dunia, kata pegawai jabatan bomba.

Akhbar Yomiuri Shimbun berkata angka kematian akibat kemalangan kek pulut ini mencecah sembilan orang pada Jumaat di seluruh negara dan 13 yang lain berada dalam keadaan kritikal.

Sempena perayaan Tahun Baru, kaum keluarga biasanya memasak sup “ozouni” dan meletakkan kek pulut ke dalam sup sayur-sayuran itu.

Jabatan bomba menasihatkan orang ramai, terutama warga tua dan bayi, agar memotong mochi kepada kepingan kecil sebelum memakannya.

Setiap tahun, beberapa warga Jepun dilaporkan mati akibat tercekik kek pulut mochi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.