“Sia-sia Dia Dibiarkan Terus Memimpin Kementerian Pendidikan…Rosak”

KUALA LUMPUR – Nampaknya Dr Maszlee Malik terus mendapat perhatian selepas kenyataannya hari ini dalam Dewan Rakyat yang mahu memasukkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam buku sejarah.

Bekas menteri Tan Sri Rais Yatim berkata kenyatannya itu bukti bahawa Maszlee tidak layak mengemudi Kementerian Pendidikan.

“MasyaAllah …kalau betullah berita ni sia sia dia di biarkan terus memimpin Kementerian Pendidikan. Rosak,” katanya menerusi Twitter.

Maszlee terdahulu berkata demikian dalam persidangan Dewan Rakyat apabila menjawab soalan tambahan ahli Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula kemudian mengingatkan Menteri Pendidikan itu supaya tidak memperalatkan para pelajar sekolah dan menganiaya masa depan mereka.

Bekas Perdana Menteri itu menegaskan, ada masa dan tempat untuk berpolitik tetapi bukan di sekolah.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.