Pinda Laporan Audit 1MDB, Ambrin Beri Penjelasan Pada PAC Esok

SHAH ALAM – Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata beliau akan memberi penjelasan penuh kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam pertemuan mereka esok, dipercayai berhubung dakwaan pindaan laporan audit 1MDB sebagaimana yang didedahkan sebelum ini. 

“(Saya akan) beritahu cerita penuh pada 4 Dis (esok)… Saya akan jelaskan semuanya. Biar mereka hakimi saja selepas itu,” katanya seperti dipetik NST.

Oktober lalu, Timbalan Pengerusi PAC Wong Kah Woh mendakwa bahawa laporan audit mengenai 1MDB dipinda namun ia dinafikan Ambrin.

Pada bulan lalu pula pengganti Ambrin, Tan Sri Madinah Mohamad, tampil membuat kenyataan bahawa memang ada pindaan pada laporan berkenaan dibuat.

Madinah dalam pendedahannya mengesahkan bahawa mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 22 Nov 2016 mengarahkan Ambrin, yang merupakan ketua audit negara ketika itu, meminda laporan audit 1MDB.

Madinah turut mendedahkan setiausaha sulit Najib, Shukry Mohd Salleh turut mengarahkan bahagian yang menyebut ahli perniagaan Low Taek Jho dalam laporan itu, dikeluarkan.

Bagaimanapun Najib dalam kenyataan balasnya menerusi Facebook berkata, Kementerian Kewangan di bawahnya telah menjawab melalui jawapan bertulis di Parlimen pada 21 Disember 2015 untuk mengesahkan bahawa Jho Low pernah menghadiri satu mesyuarat 1MDB tetapi hadir dalam kapasiti mewakili syarikat PetroSaudi dan bagi pihak Putera Turki.

Tambah Najib, selain jawapan bertulis di Parlimen, penglibatan Jho Low juga pernah dibincangkan di prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 25 November 2015, iaitu sebelum daripada tarikh yang didakwa ia diarahkan untuk dipinda (November 2016). -SuaraTv 

8 thoughts on “Pinda Laporan Audit 1MDB, Ambrin Beri Penjelasan Pada PAC Esok

  • December 3, 2018 at 5:23 pm
    Permalink

    Sprm siasat sedalam2 nya…mungkin jumpa pindaan dn yg di sembunyikan….!! Ayuh sprm terbaik..!!!

    Reply
  • December 6, 2018 at 8:25 pm
    Permalink

    Yg sekongkol 1mdb pinda ubah fakta asal tulin terimalah akibat salahlaku… betapa khianat rakus rasuah pecah amanah zalim ?? Tk beretika angkat sumpah jawatan aku janji.. apa istilah nk kategorikan pengkhianat2 ni?? Tk layak tinggal disini elok halau keluar dari malaysia..!! Kecewa marah sakithati perbuatan khianat..!! Semoga dihukum seberat2nya tanpa prejudis?? Penyangak pengkianat… perompak?? Tk perlu kasihani penyamun2 ni??

    Reply
  • December 6, 2018 at 8:29 pm
    Permalink

    Dakwa penyangak2 yg pinda fakta 1mdb dan juga kroni2 penyamun2 ni..?? Nama korang bolih masuk buku atau bikun filem baru popular.. tarik gelaran2 penyamun ni sbb mengjengkil memamalukan tk bermaruah??? Tarik rampas gelaran2 yg tk layak penyangak2 ni guna…??

    Reply
  • December 6, 2018 at 8:31 pm
    Permalink

    Lagi hina dari org miskin tapi bermaruah?? Penyamun2 ni lebih hina dari tong sampah??

    Reply
  • December 6, 2018 at 8:33 pm
    Permalink

    Penyamun penipu pembohong penyangak pengkhianat perompak rasuah pecah amanah kau makanlah duit haram tu..keturunan kau dilaknat disumpah duit rakyat kau mentedarah???

    Reply
  • December 6, 2018 at 8:37 pm
    Permalink

    Buatlah drama ke filem untuk sejarah akan datang….!! Khianat penyangak yg jengkil brengsek..

    Reply
  • December 6, 2018 at 8:38 pm
    Permalink

    Tarik rampas pingat gelaran yg ada ..salah beri pd perompak2 ni??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.