Muhamad Adib Bebas Bergantung Mesin Sokongan Jantung

KUALA LUMPUR – Mangsa rusuhan dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, kini tidak lagi bergantung kepada mesin sokongan jantung.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Muhammad Hamdan Wahid berkata, jantung Muhamad Adib sudah boleh berfungsi sendiri tetapi masih lagi menggunakan mesin pada bahagian paru-parunya.

Pun begitu, keadaannya dilaporkan masih lagi dalam kategori kritikal tetapi stabil.

“Doktor yang merawat beliau (Muhammad Adib) memaklumkan pada saya bahawa jantungnya sudah berfungsi dengan sendiri.

“Dan pihak Institut Jantung Negara (IJN) telah menanggal mesin sokongan di bahagian jantung itu pada pukul 11 pagi ini. Namun keadaannya masih lagi dikategorikan sebagai kritikal namun stabil,” katanya.

Dalam kejadian awal pagi Selasa lepas, Muhammad Adib dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika terlibat dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata Muhammad Adib memang diserang dan bukan dilanggar jentera bomba yang sedang mengundur semasa insiden rusuhan di kuil itu pada awal Selasa. – Suara.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.