MCA Patut Tahu Pintu Keluar, Bukan Terus Salahkan BN

KUALA LUMPUR – MCA disarankan agar ‘mengemaskan beg’ dan keluar daripada BN tanpa membawa usul membubarkan gabungan itu.

Ahli Majis Tertinggi Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, MCA seharusnya tahu di mana pintu keluar.

“Kepimpinan MCA tidak seharusnya menggunakan BN untuk meletakkan kesalahan. Tiada guna melakukan serangan berterusan terhadap BN.

“Ini cuma tindakan terdesak untuk menunjukkan strategi politik ‘gung-ho’ mereka. Sedangkan ia tiada tarikan kepada momentum politik mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Reezal turut membidas MCA kerana tidak menggunakan Dewan Tertinggi BN untuk membincangkan isu berbangkit.

“MCA sepatutnya lebih matang dalam usaha politik mereka. Ini perlembagaan BN. Mengapa mereka perlu ada usul untuk bubarkan BN?

“Saya melihat usaha ini untuk memalukan Pengerusi BN (Umno). Helah politik memualkan ini perlu dihentikan segera. Kemaskan beg dan sila keluar, tidak perlu berdrama,” katanya. – SINAR HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.