Maszlee Peralat Pelajar, Berpolitik Di Sekolah

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik disifatkan menganiaya masa depan pelajar sekolah kerana mahu berpolitik apabila membuat keputusan memasukkan isu 1MDB dalam buku sejarah.

Kata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sekolah bukan tempat sesuai untuk berpolitik dan memperalatkan anak-anak.

“Ada masa dan tempatnya kita berpolitik, bukan di sekolah. Jangan peralatkan anak-anak kecil kita, jangan aniaya masa depan mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Malah Najib berkata Maszlee juga tidak lama lagi akan masuk dalam buku sejarah sekolah.

“Saya rasa tak lama lagi Maszlee sendiri akan masuk dalam buku Sejarah,” katanya lagi,

Maszlee hari ini dalam Dewan Rakyat berkata kementeriannya akan emasukkan isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam buku sejarah.

Malah Menteri Pendidikan itu akan memastikan maklumat serta fakta berkaitan skandal 1MDB itu ditambah dalam buku sejarah agar generasi pada masa depan tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Namun Maszlee turut diingatkan kembali oleh  ahli Parlimen Pontian agar memasukan juga isu kehilangan dana negara sebayak RM32 bilion dalam skandal forex sebelum itu ketika era Tun Mahathir Mohamad menjawat jawatan Perdana Menteri ke-4 dulu.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.