VIDEO: Maszlee Mahu Isu 1MDB Masuk Buku Sejarah

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan akan memasukkan isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam buku sejarah, kata menterinya Dr Maszlee Malik.

Beliau memastikan maklumat serta fakta berkaitan skandal 1MDB itu ditambah dalam buku sejarah agar generasi pada masa depan tidak mengulangi perbuatan tersebut.

“Saya sangat bersetuju sejarah itu penting agar isu tertentu akan dijadikan teladan pada masa hadapan. Sejarah serta fakta tentang skandal akan dimasukkan dalam buku sejarah nanti. Ini bagi memastikan generasi akan datang tidak akan ulanginya.

“Selain itu, kita akan masukan juga dalam buku sejarah tentang jenayah menyamun harta kerajaan, sejarah bagaimana khazanah kerajaan disamun oleh segelintir pemimpin politik di negara. Semua itu akan dimasukkan agar ianya menjadi tauladan pada masa hadapan,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat menjawab soalan tambah Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan (BN) yang mahu mengetahui apakah jangka masa untuk sesuatu peristiwa sebelum dianggap sejarah, selain daripada tajuk-tajuk yang menjadi kontroversi bagi subjek tersebut.

Namun, Ahmad Maslan secara sinis mengingatkan Maszlee agar memasukan juga isu kehilangan dana negara sebayak RM32 bilion dalam skandal forex sebelum itu ketika era Tun Mahathir Mohamad menjawat jawatan Perdana Menteri ke-4 dulu. –SuaraTv

2 thoughts on “VIDEO: Maszlee Mahu Isu 1MDB Masuk Buku Sejarah

  • December 3, 2018 at 4:52 pm
    Permalink

    Setuju agar generasi akan datang tahu apa yg berlaku?? Bukukan masuk dlm sejarah malaysia..!!

    Reply
  • December 3, 2018 at 8:50 pm
    Permalink

    Masukkan juga kemenangan kerajaan PH daripada penipuan manifesto sehingga rakyat Melayu percaya dan mengundi PH.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.