‘Maszlee, Lebih Baik Fokus Baiki Sekolah Yang Rosak’

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Maszlee Malik disarankan dan dinasihati untuk memberi fokus suapaya membaik pulih kerosakan yang ada di semua sekolah seluruh negara berbanding isu remeh, demikian nasihat Ahli Parlimen Subang, Wong Chen.

Kata Wong Chen, terdapat lima masalah utama yang disenaraikan di kebanyakan sekolah dan sudah memohon dana bantuan tetapi tidak dilayan permohonan tersebut.

Wong Chen berkata, kajiannya mendapati 5 masalah utama yang berlaku di sekolah seluruh Malaysia adalah masalah anai-anai, dawai rosak, paip bocor, kerosakan bumbung, dinding retak dan keperluan mengecat bangunan.

Ia telah menyebabkan sekolah yang mengalami kerosakan meminta bantuan dana dari Persatuan Ibu, Baba dan Guru (PIBG) dan pelajar sendiri.

“Saya minta menteri fokus lebih isu ini, janganlah fokus kepada isu remeh temeh, isu baiki sekolah sangat penting. Ia bukannya susah sangat, tidak ada isu politik atau isu ‘swimming pool’. Ia isu yang jelas.

“Kajian saya turut mengenal pasti polisi seperti banyak sekolah sudah meminta dana penambahbaikan tetapi tidak dilayan atau ditolak kerana dana tidak cukup, banyak sekolah memilih minta derma daripada PIBG dan pelajar,” kata Wong Chen seperti di lapor Free Malaysia Today.

Malah katanya, peruntukan yang diterima oleh setiap sekolah juga tidak banyak seperti yang dimohon selain tidak mempunyai kemudahan yang cukup seperti bilik guru yang kecil.

“Kebanyakan sekolah tidak cukup peruntukan seperti untuk kaunseling juga sangat rendah dan ada sekolah hanya dapat peruntukan RM2,500 sahaja setahun, serta tidak mempunyai kemudahan cukup seperti bilik darjah dan bilik guru yang kecil,” katanya.

Hari ini, Maszlee dilaporkan memberikan usul agar kes dan siasatan mengenai skandal 1 Malaysian Development Berhad (1MDB) dimasukkan ke dalam silibus subjek Sejarah dan ia tidak diterima baik oleh pelbagai pihak. – Suara.TV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.