Latheefa Tak Setuju Kerajaan Guna ‘Akta Tidak Adil’ Pada Papagomo, Tok Him

SHAH ALAM – Kerajaan diingatkan agar tidak mungkir janji dan tidak bersikap ‘double standard’ bersabit penggunaan ‘akta tidak adil’ ke atas mana-mana individu termasuk Papagomo dan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali (Tok Him). 

Pemimpin PKR yang juga Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty (LFL), Latheefa Koya berkata, ini kerana Akta Hasutan, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012 (SOSMA); Akta Pencegahan Jenayah (POCA) adalah zalim dan tidak berperlembagaan.

“Langsung tak setuju penggunaan Akta Hasutan, SOSMA atau POCA ke atas mana-mana individu termasuk orang macam Papagomo dan Ibrahim Ali. Akta ini adalah zalim dan tidak berperlembagaan.

“Bila kita tolak Akta Hasutan dan Sosma dan POCA, bukan sebab ianya digunakan ke atas kawan-kawan atau penyokong Pakatan Harapan (PH), kita harus tolak sebab ianya akta yang tidak adil,” katanya menerusi Facebook.

Latheefa berkata, akta-akta berkenaan tidak perlu digunapakai kerana kesalahan berkaitan kenyataan berbaur ugutan atau rusuhan sudah mempunyai peruntukan tersendiri di dalam undang-undang. 

“Kalau ada kenyataan-kenyataan berbaur ugutan untuk merusuh, dan menggunakan keganasan, ada kesalahan-kesalahan yang sedia ada seksyen 504 & 505 Kanun Keseksaan. 

“Kalau memang orang merusuh, mengganas dan sebagainya, memang ada kesalahan-kesalahan sedia ada , sila rujuk Bab VIII Seksyen 141-160 Kanun Keseksaan,” kata Latheefa. 

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, hari ini berkata kerajaan akan mengguna pakai beberapa akta yang kini dalam moratorium (penggantungan), jika ada kesalahan mempunyai unsur ancaman kepada keselamatan negara, orang awam dan mencetuskan ketegangan kaum.

Akta Hasutan, SOSMA dan POCA merupakan antara akta yang berada di dalam moratorium.

Gobind berkata perkara itu dipersetujui jemaah menteri ketika mesyuarat Kabinet, Jumaat lalu.

Kenyataan tersebut menurut Latheefa, adalah amat mengecewakan kerana PH seolah-olah mungkir janji dan bersikap ‘double standard’ apabila menjadi kerajaan. 

“Sangat mengecewakan kalau kabinet mungkir janji dengan menggunakan Akta-akta ini bagi kononnya tujuan membendung kegiatan-kegiatan mereka ini. Jangan double standard la.

“Mereka boleh protes – anti ICERDkah, anti pakai baju putih kah, baju kuning dan sebagainya. Kalau bising, jerit-jerit sampai tekak kering pun takpe.  Takde hal. 

“Selagi aman dan tidak berunsur keganasan, mereka tidak patut dihalang. Biarlah,” katanya lagi. 

Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris yang juga Exco Pemuda UMNO ditahan Khamis lalu selepas blogger itu memuat naik video berbaur hasutan dalam laman sosial.

Manakala Tok Him pula berkemungkinan akan disiasat polis berhubung ucapannya yang berkata “Perkasa akan mengamuk” yang diucapkan dalam Himpunan Jihad Perkasa di Kuala Lumpur, semalam.

Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin berkata, polis akan mengambil tindakan sekiranya ucapan itu didapati cuba mencetuskan ketegangan. -SuaraTv 

2 thoughts on “Latheefa Tak Setuju Kerajaan Guna ‘Akta Tidak Adil’ Pada Papagomo, Tok Him

  • December 3, 2018 at 7:54 pm
    Permalink

    mcm pandai sgt?? lagak bawang??elok kerajaan hidupkan ISA sbb masa ni terlampau byk bawang2 kepuh kecuh persis siamang??? ISA patut adakan semula…baru tahu..??

    Reply
  • December 3, 2018 at 7:55 pm
    Permalink

    Tk setuju awak punya fasal lah?,kepuh lebih??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.