Golongan Isi Rumah Mewah Perlu Bayar Bil Elektrik Serendah RM20, Tiada Subsidi Elektrik

KUALA LUMPUR – Menteri Tenaga, Sains Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin memberitahu golongan isi rumah mewah tidak akan menerima subsidi elektrik dan perlu membayar bil elektrik bulanan RM20 ke bawah bermula bulan depan.

Ia sejajar dengan dasar yang dibuat oleh kerajaan di mana subsidi elektrik hanya untuk golongan miskin dan miskin tegar.

Untuk itu, golongan miskin dan miskin tegar perlu berdaftar status mereka dalam program e-Kasih.

“Ada juga kondominium mewah, rumah teres besar dan banglo mencatat bil elektrik kurang RM20 sebulan dan itu berlaku kerana mereka selalu tiada di rumah. Mulai bulan depan, mereka perlu membayar bil elektrik walaupun kurang RM20 kerana tidak termasuk dalam golongan sasar yang menikmati subsidi sedemikian.

“Penyaluran subsidi bersasar hanya dikhususkan kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan program e-Kasih,” katanya seperti dalam laporan Berita Harian. – Suara.TV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.