Ada atau Tidak MCA Dalam BN, Kini Tiada Bezanya

KANGAR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman menyifatkan tiada bezanya sama ada MCA berada di dalam Barisan Nasional (BN) atau sebaliknya.

Katanya, hal demikian kerana, setiap kali pilihan raya hanya UMNO yang gigih bekerja sedangkan MCA tidak membantu.

“Terpulanglah kepada dia (MCA) hendak tinggalkan BN atau tidak. Tidak ada beza (kewujudan MCA) kerana setiap kali pilihan raya kita yang buat kerja.

“MCA ini DAP menang dia untung, kalau dia menang lagi untung,” katanya dalam sidang akhbar selepas Himpunan Aman Rakyat Tolak ICERD di Kompleks Pas di sini, malam tadi.

Perhimpunan Agung MCA ke-65 semalam sebulat suara meluluskan resolusi untuk memberi kuasa kepada Jawatankuasa Pusat memulakan proses pembubaran BN dan membentuk perikatan baharu.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dilaporkan berkata, BN telah mengalami kecondongan kuasa yang amat ketara dan setiap parti komponen memerlukan penghayatan dan penilaian semula bagi mentransformasikan parti masing-masing.

Sementara itu, Tajuddin berkata, fokus UMNO pada masa ini adalah memperkukuhkan blok pembangkang melalui kerjasama dengan Pas.

Katanya, kedua-dua parti itu perlu melihat ke hadapan dan membina kekuatan politik untuk mendapatkan kembali kuasa orang Melayu dan Islam.

“Untuk menjaga kepentingan orang Melayu Islam, kita kena ada kuasa. Kita akan berusaha keras ke arah itu melalui kerjasama dengan Pas,” katanya. – UTUSAN

One thought on “Ada atau Tidak MCA Dalam BN, Kini Tiada Bezanya

  • December 3, 2018 at 5:21 pm
    Permalink

    Dulu tk cakap pun…da kalah bolih kata mca ada tkde sama je…??
    Eloklah komponen undur sbb dia org da rosak da…tk jadi apa pun.. nyah pinggir undur lah..!! Mca mic cari lah parti yg jujur amanah tiada rasuah..!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.