Lelaki Ini Dicaci Kerana Miliki Kekasih Gemuk, Akhirnya Dia `Sekolahkan’ Netizen

Kisah cinta sepasang kekasih ini jadi tular di media sosial. Ini kerana si lelaki, Jeto Guanzon seorang yang kacak namun pasangannya Kaycelin Montelibano pula mempunyai badan yang berisi.

Disebabkan badan Kaycelin gemuk, ramai yang berpendapat Jeto tidak seharusnya bercinta dengan wanita itu.

Bagi mereka yang suka menilai orang lain menerusi penampilan semata-mata, maka mereka melihat hubungan itu sebagai sesuatu yang salah hingga sanggup mencaci Jeto.

Selepas banyak komen-komen menyakitkan hati yang diterima oleh Jeto akhirnya dia telah memuatnaik gambar mesranya bersama Kaycelin dengan kapsyen:

“Dia adakah kekasihku dan dia satu-satunya yang aku cintai. Ya, dia besar dan berukuran plus dan aku mencintainya.

“Apa yang aku ingin katakan ialah tidak semua lelaki mahukan kekasih seksi yang boleh diajak untuk berpesta. Sesiapa yang mencacinya, sila berdepan dengan aku.

“Ini kerana Kaycelin layak untuk diperjuangkan,” demikian tulis Jeto dengan panjang lebar.

Tulisannya itu telah menjadi viral dan dikongsi lebih 89,000 kali. Ia juga menyebabkan banyak netizen yang `makan dalam’ dengan kata-kata Jeto ini.

Dan ternyata tulisan Jeto itu juga menyebabkan ada netizen yang memujinya sebagai romantik kerana sanggup mempertahankan kekasih saat wanita itu dihina.

Moralnya gemuk atau kurus tidak seharusnya dijadikan isu dalam sesuatu perhubungan kerana apa yang penting ialah kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!