Malaysia Hantar Pulang 470 PATI Warga Filipina

SANDAKAN – Majlis Keselamatan Negara (MKN) menghantar balik pendatang asing tanpa izin (Pati) di Sabah membabitkan 470 warganegara Filipina dari Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga Filipina, Jumaat.

 

Pengarah MKN Sabah, Datuk Rodzi Md Saad berkata, daripada jumlah itu, seramai 433 Pati adalah lelaki dewasa, 32 wanita dewasa dan lima kanak-kanak lelaki serta perempuan, yang kesemuanya berusia di antara setahun hingga 62 tahun.

 

“Mereka terdiri daripada 230 Pati dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Kota Kinabalu dan 240 orang lagi dari PTS Tawau”, katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

 

Menurutnya, penghantaran pulang Pati yang dilakukan berterusan oleh MKN Sabah menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam membanteras Pati di negeri ini.

 

Sehubungan itu, katanya, semua pihak khususnya majikan dan orang awam haruslah menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan mengelak daripada menggaji atau melindungi Pati, sebaliknya menyampaikan maklumat mengenai kehadiran mereka. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.