Siti Mendoakan Rakan, Peminat

KUALA LUMPUR – Instagram penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dihujani kata-kata semangat daripada rakan artis dan peminatnya susulan berita sedih tentang keguguran kandungannya yang berusia dua bulan, dikongsi menerusi laman Instagramnya dua hari lalu.

 

Susulan itu, Siti, 36, berterima kasih kepada rakan artis dan peminatnya yang banyak memberikan sokongan kepadanya ketika berdepan dengan situasi tersebut.

 

Selain itu, Siti turut mendoakan kepada peminatnya yang berkongsi pengalaman dan memberikan tips kepadanya dalam menjalani proses berpantang.

 

“Alhamdulillah, terima kasih sahabat artis dan peminat tersayang yang tak henti-henti memberi kata semangat, yang mendoakan, memberikan tips buat ct, semoga Allah SWT yang membalas kebaikan kalian semua. Terima kasih semua,”tulisnya.

 

Terdahulu, penyanyi Jaga Dia Untukku itu reda menerima ketentuan takdir sambil mengharapkan doa daripada peminat agar rezeki untuk menimang cahaya mata terus berpihak kepadanya.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.