Ratusan Paus Mati Terdampar Di Chile

SANTIAGO – CHILE. Kira-kira 337 ikan paus sei ditemui mati terdampar di teluk terpencil di Patagonia di selatan Chile, menurut penyelidik, kelmarin.

 

Saintis di Pusat Saintifik Huinay , Vreni Haussermann turut menyifatkan ia sebagai kematian luar biasa dan tidak pernah berlaku sebelum ini.

 

Difahamkan, pendedahan itu dibuat selepas pasukan penyelidik melancarkan ekspedisi susulan penemuan 20 bangkai spesies hidupan akuatik itu pada April lalu.

 

Menurut Haussermann, terdapat banyak lagi kawasan belum mereka terokai dan jumlah bangkai haiwan tersebut dijangka meningkat.

 

“Hasil kajian awal menunjukkan tiada sebarang kecederaan ditemui pada paus sei tersebut. Kematiannya mungkin berpunca daripada virus atau alga berbahaya dikenali sebagai air pasang merah,” katanya lagi.

 

Sementara itu, ahli biologi marin memberitahu pemanasan suhu laut meletakkan tekanan berbahaya kepada populasi paus kerana ia menjejaskan bekalan makanan selain mengubah laluan penghijrahan haiwan tersebut. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.