Parut Ini Kekal Selama-Lamanya, Kata Bos AirAsia

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes melahirkan rasa sedihnya selepas berita mengenai hasil keputusan siasatan insiden pesawat QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember 2014 lalu, adalah kesilapan juruterbang.

 

Laporan keputusan siasatan insiden tersebut dikeluarkan Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional Indonesia menyatakan bahawa terdapat masalah dengan kemudi dan kaedah yang digunakan oleh juruterbang dalam bertindak balas kepada masalah itu, antara faktor utama dalam kemalangan itu.

 

Fernandes turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan pada masa yang sama kekal yakin dengan masa depan syarikat penerbangan itu.

 

“Hati saya dan kesedihan yang mendalam akan sentiasa bersama kepada semua keluarga yang terlibat dalam QZ8501.

 

“Banyak yang boleh diambil iktibar di sini bagi AirAsia, pengeluar dan industri penerbangan. Kami tidak akan membiarkan masalah  berulang kembali bagi memastikan industri ambil iktibar daripada kejadian tragis ini.

 

“Ini adalah parut yang masih tinggal pada saya selama-lamanya tetapi saya kekal komited untuk memberi Airasia yang terbaik. Kami terhutang budi kepada keluarga dan anak-anak kapal saya.

 

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada KNKT untuk siasatan yang sangat teliti. Fikiran saya kepada keluarga dan anak-anak kapal saya sentiasa kekal menjadi keutamaan nombor satu kami,” katanya di Twitternya, semalam.

 

Pesawat malang Airbus A320-200 yang terhempas di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Barat itu mengorbankan kesemua 162 penumpang dan anak kapal. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.