Parti Amanah Terdesak Tuduh PAS Terlibat IS

KOTA BHARU – Pemuda Pas Kelantan menganggap Parti Amanah Negara (Amanah) semakin terdesak apabila sanggup menuduh Pas terlibat dengan militan IS.

 

Timbalan Ketuanya, Nor Azariza Mohd Alawi berkata, perbuatan tidak bermaruah tersebut tentunya dilakukan sebagai gerakan untuk memburukkan Pas di mata masyarakat dan cubaan menarik perhatian umum kepada mereka.

 

“Tudahan tersebut adalah sangat tidak berasas. Ini boleh dilihat tentang tindakan Pas memecat ahli ingkar arahan parti yang  melibatkan diri dengan perjuangan IS,” katanya kepada Sinar Harian.

 

Pas katanya, sentiasa mengeluarkan kenyataan yang mana semua sudah mengetahui bahawa parti tidak pernah melakukan tentangan menggunakan cara kekerasan tetapi menuntut menerusi pilihan raya.

 

Dengan memberikan gambaran baik terhadap Pas, Nor Azariza juga berkongsi pengalaman bagaimana Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang pernah ditahan di Jordan kerana pasport beliau menunjukkan terlalu banyak cop dan perlu disiasat.

 

“Setelah dijelaskan kepada pihak Jordan bahawa beliau adalah ahli Pas dan ke sana untuk mentarbiahkan pemuda supaya menjadi seorang yang baik akhirnya mereka menerimanya.

 

“Jordan pun kenal Pas, tiba-tiba ahli Pas yang keluar daripada parti sudah Pas dikaitkan dengan IS, ini merupakan satu tuduhan yang terdesak,” katanya.

 

Nor Azariza yang juga Ketua Pemuda Pas Kota Bharu turut menyifatkan tuduhan dilemparkan oleh Amanah sebagai sesuatu yang jahat dan berat.

 

Sebelum ini sebuah portal melaporkan Presiden Amanah, Mohamad Sabu mendedahkan mereka keluar dari Pas dan menubuhkan parti baharu kerana Pas sudah diresapi pemikiran militan IS. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.