Parlimen Luluskan UK Serang IS Di Syria

BRITAIN – Britain akan menyertai Amerika Syarikat (AS) dalam kempen mengebom Islamic States (IS) di Syria dengan jet pejuangnya selepas pengundian di Parlimen seawal hari ini.

 

Menurut Setiausaha Luar, Philip Hammond berkata, serangan pertama itu bakal dilancarkan seawal malam ini.

 

Pesawat tentera udara yang berpengkalan di Akrotiri, Cyprus telah membantu melakukan pengeboman di Iraq dan sumber kerajaan menyatakan bahawa mereka boleh mula melakukan misi penerbangan ke Syria tidak lama lagi.

 

Ditanya bila serangan udara akan mula dilakukan di Syria, Hammond memberitahu rangkanan televisyen Channel 4 semalam: “Mungkin bukan malam ini (Rabu) tetapi ia mungkin esok (Khamis),”lapor AFP

 

Britain telah menempatkan lapan pesawat pejuang Tornado beserta drone dalam serangan yang diketuai AS terhadap IS di Iraq dan akan mengerahkan lebih banyak jet pejuang.

 

Berikutan itu, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, David Cameron mendapat sokongan 397 ahli palimen berbanding 223 menentang serangan itu. Beliau berkata, kelebihan 174 undi memberi mandat yang kukuh untuk melakukan tindakan ketenteraan.

 

Sementara itu, Cameron yang mengalu-alukan keputusan undian Parlimen itu dengan menulis di akaun twitter: “Saya percaya Parlimen telah mengambil keputusan yang betul bagi mengekalkan UK selamat – tindakan ketenteraaan di Syria merupakan sebagai salah satu strategi yang luas,”.

 

Presiden Barack Obama berkata, AS ‘memandang ke hadapan terhadap penyertaan tentera Britain terbang bersama perikatan di Syria,”.

 

Bagaimanapun, semasa perbahasan, ramai ahli parlimen dari semua parti termasuk ketua parti pembangkang utama, Parti Buruh, Jeremy Corbyn menentang serangan udara itu.

 

Kira-kira 2,000 penunjuk perasaan anti peperangan berada di luar parlimen sebelum pengundian berlangsung dan ia merupakan tunjuk perasaan dua haru berturut-turut.

 

Corbyn menyelar ‘pertimbangan peperangan tidak teliti dan tergesa-gesa’ Cameron dan berkata cadangan itu ‘tidak boleh dibanding’.

 

Bagaimanapun Parti Buruh juga berpecah ketika berhadapan dengan isu tersebut. Seramai 67 daripada 231 ahli parlimennya dilaporkan menyokong tindakan pengeboman itu.

 

Sementara itu, para pakar ketenteraan mempersoalkan kesanggupan Britain untuk menambah pesawat dalam kempen memerangi IS di Syria memandangkan negara itu mengambil sikap berhati-hati ketika berhadapan konflik antarabangsa selepas menyertai peperangan di Afghanistan dan Iraq.

“Ia (operasi) tidak banyak berubah,” kata Professor Malcolm Chalmers dari badan pemikir, Royal United Services Institute (RUSI).

“Ia penting daripada segi simbolik, kegunaan operasi tetapi bukan perubahan” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.