Najib Akan Beri Keterangan Kepada SPRM Hari Ini

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, berhubung dana bernilai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau, menurut sumber.

 

Sumber itu berkata, SPRM akan mengambil keterangan berhubung siasatan terhadap dakwaan rasuah membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya, SRC International.

 

Najib sebelum ini menyatakan komitmen untuk memberi keterangan kepada SPRM.

 

Perdana Menteri juga sudah menafikan sebarang salah laku atau mengambil wang untuk kepentingan peribadi.

 

SPRM sebelum ini menyatakan wang berkenaan adalah dana politik daripada seorang penderma dari Asia Barat. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.