Malaysia Airlines Henti ke Paris, Amsterdam Tahun Depan

Malaysia Airlines akan menghentikan perkhidmatan antara Kuala Lumpur ke Amsterdam dan Paris pada tahun depan, sebaliknya mengambil kesempatan daripada perkongsian kod yang sedia terjalin dengan KLM, British Airways dan terbaharu dengan Emirates.

 

Penerbangan MH16/19 ke Amsterdam akan dihentikan pada 26 Januari tahun depan bersama-sama dengan penerbangan MH20/21 ke lapangan terbang Charles de Gaulle di Paris.

 

Penumpang ke Amsterdam akan menaiki pesawat rakan perkongsian kod, KLM, yang menyediakan perkhidmatan terus dari Kuala Lumpur pada masa yang sama dengan penerbangan Malaysia Airlines yang dihentikan itu.

 

Penumpang ke Paris akan diterbangkan ke lapangan terbang Heathrow di London dengan pesawat Airbus, A380 Malaysia Airlines dan seterusnya menyambung perjalanan dengan rakan Oneworld, British Airways untuk ke destinasi mereka.

 

Bermula 1 Februari tahun depan, Malaysia Airlines akan memulakan perkongsian kod dengan Emirates yang akan menawarkan lebih banyak desrinasi kepada pelanggannya.

 

Emirates menyediakan perkhidmatan udara dari Kuala Lumpur ke Dubai dan seterusnya ke destinasi di Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Amerika.

 

“Perkongsian strategik ini membuka laluan ke arah tawaran cadangan integrasi pelanggan kepada kedua-dua syarikat penerbangan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Christoph Mueller.

 

“Sambungan perjalanan yang lebih baik akan membolehkan pelanggan Malaysia Airlines pergi ke 38 destinasi di Eropah pada asas sehari dan malah berganda sehari untuk bandar-bandar utama Eropah seperti Zurich, Rom, Munich, Frankfurt, Madrid dan Barcelona,” lapor WorldNewsReport

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.