Hari Ini, Penentuan Nasib Nurul Izzah

KUALA LUMPUR – Nasib Nurul Izzah Anwar (PKR- Lembah Pantai) akan ditentukan Dewan Rakyat hari ini susulan tindakannya bertemu dengan anak pengganas Sulu, Jacel H Kiram di Manila bulan lalu.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman yang membawa usul itu meletakkan aturan tersebut pada kedudukan teratas menerusi urusan mesyuarat dan usul-usul Dewan Rakyat hari ini.

 

Dalam kenyataan tersebut, tindakan Nurul Izzah itu dianggap bertentangan dengan angkat sumpah setia sebagai seorang ahli Parlimen.
Usul itu menyebutkan, pertemuan Yang Berhormat Lembah Pantai bersama anak kepada pencerobohan Negara dilihat bertentangan dengan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan sumpah setia kepada Malaysia yang berikrar untuk menumpahkan taat setia kepada Malaysia, memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembangaannya.

 

Menerusi usul itu lagi, tindakannya itu dianggap satu penghinaan kepada Majlis Mesyuarat yang turut mencemarkan nama baik dan prestij Dewan Rakyat.

 

Gambar Nurul Izzah dan Jacel mencetuskan kontroversi dan ramai pihak berpendapat Ahli Parlimen PKR itu tidak sensitif terhadap keluarga mangsa tragedi di Lahad Datu.

 

Terdahulu, Februari tahun lalu, Jamalulu Kiram III melakukan pencerobohan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu bagi merampas wilayah pantai timur Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.