China Arah Tutup Kilang

BEIJING – CHINA. China mengarahkan ribuan kilang ditutup selepas negara itu mengalami jerebu teruk hampir 24 kali ganda daripada tahap selamat, semalam.

 

Media China Daily melaporkan, pihak berkuasa di ibu negara memerintahkan penutupan 2,100 perniagaan yang sangat mencemarkan dan menasihatkan penduduk untuk tidak keluar rumah.

 

Syarikat penerbangan turut membatalkan lebih 300 penerbangan dari Beijing dan Shanghai serta beberapa wilayah lain yang mencatatkan kualiti udara sangat tidak sihat.

 

Difahamkan, kebanyakan pelepasan udara kotor datang dari pembakaran arang batu yang banyak pada musim sejuk selain permintaan untuk pemanasan yang sekali gus menyebabkan kabus.

 

Jerebu tebal menyelubungi ibu negara, dengan kepekatan PM 2.5 zarah mikroskopik berbahaya dan 598 mikrogram per meter padu, iaitu melebihi tahap maksimum disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang hanya 25 mikrogram per meter padu, lapor AFP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.